Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Kerajaan Persekutuan mendengar pandangan serta teguran kerajaan negeri bagi memastikan kerangka pembangunan menepati keperluan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu menandakan perubahan besar dalam cara kerajaan merangka pembangunan negara yang kini tidak lagi bergantung kepada andaian Kerajaan Pusat semata-mata.
Transcript
00:00Kembali ke berita seterusnya, Kerajaan Persekutuan mendengar pandangan serta teguran Kerajaan Negeri bagi memastikan kerangka pembangunan menepati keperluan rakyat.
00:10Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata kerjasama itu menandakan perubahan besar dalam cara Kerajaan merangka pembangunan negara yang kini tidak lagi bergantung kepada andaian pimpinan pusat semata-mata.
00:21Perdana Menteri memberikan contoh kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri membolehkan pelan pembangunan disesuaikan dengan realiti sebenar seperti kejayaan diraih Johor yang kini menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi negara.
00:38Projek ini sebenarnya akan menjadi satu lonjakan tambahan.
00:47Nampak Johor sudah tercatat sekarang sebagai satu negeri yang gagah dari segi ekonominya.
00:59Dengan catatan pelaburan, bulan lalu kita sebut tentang kemajuannya, bulan ini tercatat rekod yang jauh lebih tinggi dan jangkaannya unjuran seperti mana dimaklum oleh Menteri Besar Unhafiz.
01:16Mungkin mencatat seratus bilion, seratus bilion ringgit ini rekod yang seperti mana yang saya sebut dalam pertemuan sebelum ini.
01:28Tak kala Maharani Freeport itu dah mengatasi prestasi Pulau Pinang dan Selangor.
01:37Patik tidak cemburu kerana ini juga satu negeri yang penting yang punya potensi besar.
01:42Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Kemas Johor Baru di Stesen Kempas Baru pada Khamis.
01:54Perdana Menteri menekankan dalam mengejar pembangunan infrastruktur, perancangan bersepadu merangkumi pusat ekonomi, kawasan komersil, gerai makanan, perumahan dan pelbagai kemudahan rakyat tidak boleh dipinggirkan.
02:07Menurutnya setiap stesen baru akan dibangunkan secara strategik bagi mewujudkan kawasan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.
02:18Terima kasih telah menonton!
02:20Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended