Keputusan itu juga menunjukkan bahawa mekanisme perundangan antarabangsa berfungsi dengan berkesan bagi mengekang percubaan bertindak di luar skop atau melampaui batas dalam proses timbang tara.
00:00Madlis Peguam menifatkan kejayaan berterusan Malaysia di Mahkamah Antarabangsa berhubung tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu ke Atas Sabah sebagai periktirafan undang-undang terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara.
00:15Pengurusinya, Datuk Muhammad Ezri Abdul Wahab berkata kemenangan besar negara dalam pertikaian itu turut menutup satu episod yang pada awalnya menimbulkan kebimbangan mengenai percubaan menyalahgunakan proses timbangtara antarabangsa.
00:30Jelasnya keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya award akhir dalam tuntutan itu memberikan kejelasan undang-undang dan mengukuhkan prinsip asas bahawa bidang kuasa yang sah merupakan teras kepada mana-mana proseding timbangtara.
00:46Memetik bernama, beliau berkata keputusan itu juga menunjukkan bahawa mekanisme perundangan antarabangsa berfungsi dengan berkesan bagi mengekang percubaan bertindak di luar skop atau melampaui batas dalam proses timbangtara.
01:01Beliau yang juga Presiden Badan Peguam turut memaklumkan Majlis Peguam mengiktiraf usaha berterusan kerajaan dan pasukan perundangan negara dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia melalui saluran kehakiman yang betul.
01:13Berkongsi pandangan sama, bekas Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata, kemenangan ini menunjukkan bahawa Malaysia dan aset negara kini bebas dari segi undang-undang daripada sebarang gangguan kuasa luar pihak Sulu.
01:28Jelasnya keputusan itu yang berpihak kepada Malaysia adalah atas beberapa dasar termasuk ketiadaan sebarang perjanjian timbangtara yang mengikat Malaysia.
01:37Ini seterusnya telah menafikan bidang kuasa penimbangtara serta keabsahan pelantikan penimbangtara Gonzalo Stampa yang telah dicabar sebelum ini.
Be the first to comment