Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 memberi fokus utama kepada perlindungan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun daripada ketagihan nikotin. KKM menjelaskan penguatkuasaan menyeluruh termasuk larangan paparan, jualan kepada OBD dan usaha mengubah norma sosial.
Transcript
00:00Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 atau Akta 852 yang berkuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Oktober 2024
00:09memberi penekanan jelas terhadap pelindungan kanak-kanak dan remaja daripada ketagihan nikotin serta pendedahan awal kepada produk merokok termasuk Vib.
00:18Menurut Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia KKM,
00:24Teknologis Muhammad Rizwan Muhammad Saleh, teras utama penggubalan Akta 852 adalah melindungi orang belum dewasa OBD berumur bawah 18 tahun.
00:35Jadi yang pentingnya Akta 852 ini meletakkan pelindungan terhadap kanak-kanak dan remaja yang merupakan teras utama bagi tujuan Akta ini.
00:45Dan Akta ini juga adalah, dia ada rujuk dipanggil OBD ataupun orang yang belum dewasa iaitu yang berumur di bawah 18 tahun.
00:54Akta ini bukan semata-mata untuk menghukum, dia juga adalah untuk mengubah norma sosial dan juga melindungi generasi muda yang daripada ketagihan nikotin.
01:04Beliau memaklumkan Akta 852 mengawal semua produk merokok secara menyeluruh termasuk pendaftaran produk, pembungkusan dan pelebelan, larangan iklan serta promosi kawalan penjualan dan penguatkuasaan kawasan larangan merokok.
01:19Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kawalan Tembakau KKM Dr. Muaz Sayuti menjelaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah langkah terakhir selepas pendekatan pendidikan dan intervensi sosial tidak mencukupi dalam mengawal tingkah laku merokok.
01:34Walaupun dia secara rohnya, secara spiritnya adalah untuk mengawal produk merokok terutama untuk melindungi anak-anak golongan remaja, tetapi dia berlaku untuk semua.
01:46Tapi kenapa saya balik kepada golongan anak-anak remaja kerana memang itu adalah fokus akta ini dan penguatkuasaan ataupun undang-undang yang telah digariskan itu akan saya jelaskan kemudian adalah sebahagian daripada cara untuk pihak kerajaan melindungi anak-anak ini daripada teredah kepada produk-produk merokok tadi.
02:06Jadi untuk orang dewasa tetap berlaku kerana apa? Kerana yang menjual kepada anak-anak ini kebanyakannya orang dewasa.
02:12Tambahnya lagi, langkah penting akta ini ialah larangan paparan produk merokok di tempat jualan bagi mengurangkan pendedahan visual kanak-kanak terhadap produk merokok termasuk paparan powerwall di belakang kaunter.
02:24Mereka berkata demikian dalam diskusi di awal ini pagi pada Kamis.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended