Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 bilion bagi mengukuhkan agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan menerusi Bajet MAIWP 2026.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mawib memperuntukkan RM1.6 bilion bagi mengukuhkan agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di wilayah Persekutuan melalui Bajet Mawib 2026.
00:14Menurut Menteri Dijabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Mohd Naib Mokhtar, Mawib menumpukan dua fokus utama dalam perbelanjaan agihan kepada asnaf iaitu kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf serta pemerkasaan pendidikan umat membabitkan jumlah keseruhan sebanyak RM1.354 bilion.
00:31Katanya bagi kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf, sebanyak RM1.157 bilion diperuntukkan bagi agihan meliputi kluster kebajikan, perlindungan, perubatan, pembangunan asnaf dan pembangunan umat.
00:49Bagi pemerkasaan pendidikan pula, RM197.22 juta disediakan bagi kluster pendidikan serta institusi pendidikan dan kebajikan.
00:58Maib katanya turut memberikan pendekanan besar terhadap aspek pendidikan anak asnaf bermula daripada peringkat awal hingga ke Menera Gading agar mereka berpeluang mencapai potensi terbaik dan menjadi ejen perubahan kepada keluarga masing-masing.
01:10Selain itu, boleh berkata, Maib juga memperuntukkan RM250.7 juta bagi pembelanjaan mengurus, merangkumi aktiviti operasi dan pengurusan Maib dan RM73.65 juta dana bagi tujuan pembangunan, merangkumi aktiviti fizikal, pembangunan hal tanah, pembelian aset dan pelaburan yang dapat memberi kesejahteraan kepada umat.
01:30Menurutnya, Bajai Maib 2006 bertemakan kesejahteraan umat digubal secara behemah dan realistik bagi tumpuan untuk memastikan setiap pembelanjaan memberi pulangan terbaik kepada rakyat selain tiada pengurangan program atau inisiatif.
01:43Tambahnya, pendapatan Maib bagi 2006 dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion ringgit meningkat 9% berbanding anggaran pendapatan Maib pada tahun ini yang berjumlah RM1.5 bilion ringgit.
01:55Maib menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM1.37 bilion ringgit pada tahun depan selain pendapatan daripada aktiviti sewaan, yuran pengajian, pelaburan dan geran daripada Kementerian Keuangan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended