Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar rayuan akhir pendakwaan berhubung pembebasan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar rayuan akhir pendawaan
00:03berhubung pembebasan Ahli Parlimen Muar Said Saddiq Said Abdul Rahman
00:07daripada petuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram
00:11membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda Armada.
00:15Presiden Mahkamah Rayuan Dato' Abu Bakar Jaiz mempengurusikan panel 3 hakim
00:19pada proseding yang bermula 9.30 pagi tadi.
00:24Terus bersidang Dato' Cik Muhammad Ruzi Marazali dan Dato' Colin Lawrence Sekuerah
00:28yang baru mengangkat sumpah jawatan dan tak setia sebagai hakim Mahkamah Persekutuan
00:33pada 3 Disember lepas.
00:35Pendawaan diwakili Timbalan Penawaraya Dato' Wan Syahrudin Waladin
00:38yang turut dibantu oleh Dato' Ahmad Akram Garib dan Farah Ezlin Yusuf Khan
00:43managelah Syed Saddiq 33 tahun diwakili Peguam Dato' Hisham Teh Potteh,
00:47Dato' Ambiga Sri Nebasan, Ki Wilon dan Lim Weijin.
00:52Pada 25 Jun lepas, Mahkamah Rayuan melepas serta membebaskan Syed Saddiq
00:56selepas membenarkan rayuan beliau untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara
01:017 tahun, dosbatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi
01:05pada 9 November 2023.
01:08Sari selepas itu, Jabatan Peguam Negara memfalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
01:12Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari armada
01:16Rafiq Hakim Razali untuk melakukan pecah amanah terhadap dana armada
01:20berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad Ketak Sentra pada 6 Mac 2020
01:24mengikut Seksyen 406 Kandung Kesisaan yang membawa hukuman maksimum penjara
01:2910 tahun, sebatan dan denda.
01:31Beliau turut berdepan, pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 bilik armada
01:35Bumi Bersatu Enterprise di bawah Seksyen 403 Kandung Kesisaan
01:39yang membawa hukuman penjara antara 6 bulan hingga 5 tahun, sebatan dan denda.
01:44Selain itu, bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut dituduh melakukan
01:46dua transaksi pengubahan wang haram iaitu memindahkan RM50,000
01:50ke akaun amanah saham Bumi Putera miliknya.
01:53Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 401-B Akta Penjagaan Pengubahan
01:57Wang Haram, Penjagaan Pembayaran Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
02:01yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun
02:05serta denda 5 kali nilai terbabit.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended