Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pemenang Hadiah Nobel bagi Fizik, Kimia, Perubatan, Sastera dan Ekonomi menerima anugerah mereka dalam satu istiadat diraja di Stockholm. Majlis penuh tradisi itu menyaksikan pengiktirafan ke atas pencapaian penting dalam sains, ekonomi dan kesusasteraan dunia.
Transcript
00:00Pemenang hadiah Nobel bagi kategori fizik, kimia, fiziologi atau perubatan, sastra dan ekonomi menerima anugerah masing-masing dalam satu istiadat diraja di ibu negara Sweden, Stockholm pada Rabu.
00:12Lima daripada enam hadiah Nobel dianugerahkan di Stockholm setiap tahun manakala anugerah keamanan Nobel disampaikan lebih awal pada hari sama dalam satu majlis berasingan di Oslo, Norway.
00:24Anugerah keamanan Nobel dianugerahkan kepada Nihon Hidenkyo iaitu Konfederasi Pertubuhan Mangsa Bom Atom Jepun.
00:32Anugerah itu disampaikan di Oslo, Norway lebih awal pada hari sama selaras dengan tradisi Nobel.
00:38Nihon Hidenkyo diiktiraf atas usaha berterusan mereka memperjuangkan dunia bebas senjata nuklear selain memberi suara kepada mangsa bom atom Hiroshima dan Nagasaki suatu meningkatkan kesedaran tentang kesan kemanusiaan senjata nuklear.
00:51Majlis berprestij itu menghimpunkan para penerima Nobel bersama tetamu kormat yang hadir dalam pesalinan rasmi dengan lelaki mengenakan sud putih bertali leher formal dan wanita berbaju gaun labuh mencermihkan tradisi panjang acara berkenaan.
01:06Bagi kategori fizik, saintis berpengkalan di Amerika Syarikat John Clark, Michael DeVore dan John Martinis dipilih sebagai pemenang atas eksperimen yang membuktikan fizik kuantum dalam tindakan sekaligus membuka laluan kepada pembangunan generasi baru teknologi digital.
01:23Hadiah Nobel Kimia pula diberikan kepada Susumu Kitagawa, Richard Robson dan Omar Yagi selepas mereka membangunkan satu bentuk baru seni bina molekul yang menghasilkan bahan berpotensi untuk menangani cabaran global termasuk perubahan iklim dan kekurangan air bersih.
01:39Dalam kategori fisiologi atau perubahan, dua saintis Amerika Syarikat, Mary Brunko dan Fred Ramsdell bersama Shimon Sakaguchi dari Jepun menerima anugerah atas penyelidikan yang memberi pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana sistem imun melindungi sel sehat sekaligus membuka ruang kepada rawatan baru penyakit autoimun dan kanser.
02:01Pendulis Hungary, Laszlo Krasnanokay, dinobatkan sebagai pemenang hadiah Nobel sastra atas karya yang mantap dan berwawasan.
02:09Sementara itu, Joel Mocker, Philip Agion dan Peter Howitt memenangi hadiah Nobel ekonomi hasil kajian mereka mengenai bagaimana inovasi dan konsep kemusnahan kreatif mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup di peringkat global.
02:24Sejurus lepas majlis penganugerahan itu, satu jamuan rasmi diadakan di Dewan Bandaraya Stockholm yang dihadiri kira-kira 1,300 tetamu termasuk keluarga di Raja Sweden, pemimpin kerajaan serta tokoh perniagaan dan kenamaan antarabangsa.
02:39Terima kasih.
02:40Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended