Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata, Suku ini mencerminkan kemajuan stabil untuk Astro, dengan peningkatan yang menunjukkan hasil daripada inisiatif transformasi kami.
Transcript
00:00Berikutnya, Astro Malaysia Holdings Berhad, Astro, terus membina momentum pada suku ketiga tahun kewangan 2026 dengan mencatatkan perolehan RM696 juta, meningkat 200 suku ke suku, serta keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti berjumlah RM9 juta.
00:18Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Ewan Smith, berkata, suku ini mencerminkan kemajuan stabil untuk kumpulan dengan peningkatan yang menunjukkan hasil daripada inisiatif transformasi kumpulan.
00:30Katanya, walaupun keadaan perniagaan kekal mencabar, hal itujunya kekal positif dan strategi syarikat terus dijalankan dengan disiplin kewangan.
00:41Astro akan terus memperkukuh operasi teras, mengembangkan perniagaan digital dan sampingan, serta fokus memberikan nilai mampan kepada pemegang saham dan pelanggan.
00:50Pada suku sama, Astro merekodkan perolehan sebelum faedah, percukaian, susut nilai dan pelunasan EBITDA sebanyak RM150 juta dengan marjin 22% dan aliran tunai bebas sebanyak RM78 juta.
01:03Prestasi lebih kukuh ini disokong oleh peniklanan yang meningkat, pendapatan pelisinan yang lebih tinggi, serta pertumbuhan berterusan segmen jalur lebar di samping pengurusan kos yang berkesan dan kecekapan operasi.
01:16Keputusan ini mengukuhkan fokus untuk memperkukuh teras perniagaan, mempercepat pertumbuhan perniagaan sampingan, serta merombak struktur kos bagi mencapai daya saing jangka panjang yang mampan.
01:27Pendorong utama prestasi suku ketiga tahun kewangan 2026 ialah peningkatan meretas perniagaan video kumpulan dengan jumlah pelanggan PTV, Enjoy dan Suka terus bertumbuh, manakala Astro Fiber dan Segment Enterprise mengekalkan trajekteri pertumbuhan yang mengukuh.
01:43Kumpulan menegaskan keputusan ini sebahagian besarnya didorong oleh rangkaian kandungan Malaysia dan sukan yang menarik dan terus menjadi pilihan penonton di seluruh negara.
01:53Bagi segmen PTV, tren terus stabil dengan penambahan pelanggan kasar sukuan tertinggi sejak Astro One dilancarkan pada Desember 2024.
02:01Platform peneriman suka terus mempercepat pertumbuhan apabila pengguna aktif bulanan meningkat 13% suku ke suku, manakala pelanggan VIP berbayar melonjak 48% suku ke suku.
02:14Ini didorong oleh musim baharu Liga Premier dan Malaysia Football League, kerjasama telco yang lebih erat serta penambahbaikan keboleh carian aplikasi.
02:22Hasil peniklanan meningkat 13% suku ke suku kepada RM68 juta, didorong terutamanya oleh segmen radio yang melonjak hampir 30% suku ke suku hasil kempen Kita FM Merdeka dan Hari Malaysia serta pelbagai aktiviti lapangan.
02:38Di luar perniagaan media teras, pelanggan jalur lebar meningkat 12% tahun ke tahun apabila semakin banyak isi rumah memilih Astro Fiber, manakala hasil enterprise meningkat 2% tahun ke tahun disokong pertumbuhan asas pelanggan di bandar-bandar sekunder.
02:53Mengorak langkah kehadapan, Astro menjaga manfaat daripada momentum musim perayaan suku keempat termasuk tahun baharu China dan sabutan hujung tahun yang kebiasaannya meningkatkan tontonan dan perbanjaan periklanan disokong rangkaian kandungan keluarga dan tajuk utama serta peluang perjanaan hasil merentas kandungan jalur lebar dan periklanan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended