Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menegaskan siasatan kes tembakan tiga lelaki di Melaka akan dijalankan mengikut Perintah Tetap IGP dan peraturan PDRM, selepas keluarga mangsa cabar versi polis dan serah rakaman audio.
Transcript
00:00Siasatan berhubung kematian tiga lelaki yang dipercayai ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu akan dijalankan mengikut prosedur ketat termasuk Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan Peraturan Dalaman Polis Diraja Malaysia PDRM.
00:15Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Bukit Aman telah menubuhkan jawatan kuasa penyiasat khas yang diketuai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M. Kumar bagi mengambil alih siasatan daripada kontingen Melaka.
00:28Dalam insiden berlaku sekitar jam 4 pagi pada 24 November di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal, Melaka, tiga lelaki maut dipercayai ditembak polis ketika operasi dijalankan.
00:39PDRM mendakwa ketiga-tiga mangsa adalah anggota geng Durian Tunggal yang aktif dalam lebih 20 kes rompakan bersenjata dengan kerugian dianggarkan RM1.3 juta.
00:49Media melaporkan Ketua Polis Melaka, Datuk Zukairi Mukhtar, sebagian berkata, suspek ditembak selepas menetak seorang korporal yang cuba menahan mereka menyebabkan anggota polis cedera parah di tangan kiri.
01:02Namun, keluarga salah seorang mangsa mencabar dawaan tersebut dan menyerahkan rakaman audio berdurasi 13 minit 53 saat dipercayai dirakam oleh isteri mangsa.
01:11Mereka mendakwa tembakan tidak berpijak kepada prinsip pembelaan diri dan menuntut siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan Bunuh serta menggesa penubuhan Suranjaya di Raja RCI.
01:23Terima kasih kerana menonton!
01:53Terlibat dalam operasi itu, semuanya akan diambil. Itu adalah ruang lingkup dalam jatankuasa siasatan yang telah diumum oleh pengarah.
02:03Saya takkan jump the gun sebab mereka tertib dari segi proses kerja untuk mengambil keterangan.
02:11Mereka akan angkat mengikut prosedur pasukan polis lah.
02:19Maksudnya, kalau ada yang mereka yang terlibat itu berdasar pada keterangan dan penemuan oleh jatankuasa,
02:26tentulah di bawah pasukan polis ini dia ada pelbagai, dia ada macam standing order IGP, dia ada macam-macam peraturan.
02:34Terima kasih kerana menonton!
02:36Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended