Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Rombakan sistem perlindungan sosial kurangkan kebergantungan kepada bantuan tunai, tingkatkan pencen berasaskan simpanan KWSP untuk masa depan lebih mampan.
Transcript
00:00Reformasi perlindungan sosial perlu digerakkan segera bagi memastikan bantuan warga emas kekal mampan.
00:07Pegawai Pendidikanan Institut Pendidikan Penuaan Malaysia, MyEijing, Chai Senteng, berkata penambahan penerima bantuan tidak boleh menjadi strategi jangka panjang kerana ia terus bergantung kepada dana cukai rakyat.
00:22Sistem lebih mampan katanya boleh dicapai jika setiap pekerja memiliki penceng sendiri melalui caruman kumpulan wang simpanan pekerja.
00:30Langkah menambah baik bilangan penerima bantuan tidak boleh menjadi pendekatan kekal kerana ia bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan.
00:38Contohnya jika semua pekerja yang mencarung kepada EPF, bila mereka bersara kelak pada umur 60 tahun, mereka mendapat satu pay chain, emangnya tidak perlu tinggi.
00:52Dikatakanlah RM1,000 sebulan daripada duit simpanan pesaraan mereka sendiri yang dibayar bulan-bulan sehingga mereka meninggal dunia,
01:02maka ini adalah penyelesaian yang lebih mampan daripada bergantung kepada pemberian, persasarkan kepada targeted ataupun means testing yang perlu menjalankan siasatan, kelayakan dan sebagainya.
01:15Tegasnya jika kebergantungan kepada penceng sosial dapat dikurangkan, peluasan bantuan kepada 10 hingga 30% warga emas tidak akan menelan kos besar.
01:26Reformasi dasar ini dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan keselamatan sosial negara lebih kukuh dan berdaya tahan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended