00:00Angga korban akibat runtuhan dua bangunan kediaman di Bandar Fez meningkat kepada 22 orang menurut pihak pendakwa raya pada Rabu.
00:09Insiden berlaku lewat selasa di kejiranan Al-Mustakbal apabila sebuah bangunan kosong runtuh sebelum mengakibatkan bangunan empat tingkat bersebelahan turut runtuh.
00:18Pendakwa raya memaklumkan bangunan kedua itu ketika kejadian sedang menempatkan ramai tetamu yang hadir untuk majlis akikah tradisional bagi meraihkan kelahiran.
00:31Wanita dan kadang-kadang antara yang terkorban manakala 16 individu cedera dengan sebahagiannya dilaporkan dalam keadaan parah.
00:38Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan angka korban meningkat memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.
00:46Polis kini membuka kertas siasatan di bawah seliaan pendakwa raya bagi mengenalpasti punca runtuhan dengan penemuan awal menunjukkan kedua-dua bangunan itu dibina pada tahun 2006.
00:57Tragedi berkenaan sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan bangunan di Maghribi, susulan perdedahan kerajaan sebelum ini mengenai ribuan bangunan berisiko runtuh di seluruh negara.
Comments