Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan pengumuman mengenai barisan pemimpin dunia yang akan menganggotai Lembaga Keamanan Gaza dijangka dibuat awal tahun hadapan. Beliau berkata ramai ketua negara dan pemimpin kerajaan menunjukkan minat untuk terlibat dalam lembaga itu.
00:00Bertemu kembali berita antarabangsa. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pengumuman mengenai barisan pemimpin dunia yang akan menganggotai Lembaga Kemanan Gaza atau Gaza Board of Peace dijangka dibuat pada awal tahun hadapan.
00:14Menurut beliau, lembaga berkenaan menarik minat ramai pemimpin tertinggi dunia termasuk Ketua Negara, Raja dan Perdana Menteri walaupun pada asalnya penubuhannya tidak dirancang untuk melibatkan tokoh-tokoh sedemikian.
00:26Trump berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita semasa satu acara ekonomi di White House.
00:32Trump turut menyifatkan Lembaga Kemanan Gaza berpotensi menjadi antara lembaga paling berpengaruh pernah ditubuhkan sesulan penyataan pemimpin dari negara-negara penting dunia.
00:43Lembaga itu diwujudkan di bawah pelan Gaza yang menjadi asas kepada satu gencatan senjata rapuh antara Israel dan kumpulan Hamas.
00:50Ia bermatlamat menyokong usaha kestabilan dan keamanan jangka panjang di wilayah Palestine berkenaan.
Be the first to comment