Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Keyakinan itu mencerminkan aktiviti ekonomi negara kekal berdaya tahan dan keyakinan pelabur terus meningkat terhadap potensi ekonomi Malaysia. 

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8% pada 2025.
00:09Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keyakinan itu mencerminkan aktiviti ekonomi negara kekal berdaya tahan dan keyakinan pelabur terus meningkat terhadap potensi ekonomi Malaysia.
00:20Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang perbekalan belanjawan 2026 bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Negara pada Selasa, Amir Hamzah berkata,
00:31kedudukan ini turut disokong oleh peningkatan pelaburan yang diduluskan bagi tempoh 21 bulan terkini atau dari Januari 2024 hingga September 2025 iaitu sebanyak RM663.7 bilion.
00:44Selain itu, kadar inflasi terus menyederhana kepada 1.3% pada Oktober 2025.
00:51Amir Hamzah yang turut menjalankan fungsi dan tanggungjawab Menteri Ekonomi berkata,
00:55pertumbuhan ekonomi negara pada 2026 akan dipacu oleh jangkaan perbelanjaan domestik yang kukuh,
01:00disokong dengan kadar inflasi yang sederhana dan peningkatan pendapatan berikutan pasaran buruh yang stabil.
01:06Ujarnya, kerajaan akan memastikan setiap ringgit yang dibelanja memberi manfaat kepada rakyat.
01:11Pada masa sama, kedudukan fiskal negara akan terus diperkukuh melalui penguatkuasaan Akta Keuangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, Akta 850.
01:21Kerajaan katanya yakin unjuran keluaran dalam negara kasar KDNK pada 4.0% hingga 4.5% bagi tahun 2026 akan dapat dicapai.
01:31Sementara itu, mengulas berhubung rancangan Malaysia ke-13, RMK13 dan Belanjawan 2026,
01:38Amir Hamzah menegaskan penyediaan Belanjawan Tahunan telah diselaraskan sepenuhnya dengan kerangka RMK13 dan agenda pembangunan ekonomi madani.
01:47Pelaksanaan projek RMK13 dan Belanjawan Tahunan turut bergerak seiring bagi memastikan keberkesanan dasar,
01:53kecekapan perbelanjaan dan impak pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
01:58Selain itu, Amir Hamzah turut menekankan bahawa penlibatan syarikat tempatan akan diberi keutamaan dalam industri
02:04yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang tinggi serta sektor strategik berimpak tinggi.
02:10Pada tahun 2024 hingga September 2025, sebanyak RM5.54 bilion pelaburan strategik berkaitan semikonduktor
02:18telah diluluskan kepada lima syarikat antarabangsa dan tempatan.
02:21Pelaburan ini dijangka menyumbang kepada pertumbuhan industri semikonduktor
02:25dan memastikan lebih banyak penghasilan produk dan perkhidmatan made by Malaysia yang bernilai tinggi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended