00:00Polis telah merakam keterangan ahli keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lepas.
00:08Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, Dato' M. Kumar, tiga individu berkenaan hadir ke Bukit Aman 10.30 pagi Rabu ditemani peguam masing-masing.
00:18Sebuah telefon bimbit dipercayai mengandungi rakaman audio yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes telah diserahkan oleh seorang daripada mereka kepada polis untuk sasatan lanjut.
00:30Selain itu, sampel suara saksi tersebut turut diambil dengan bantuan pihak Cyber Security Malaysia CSM untuk analisis.
00:38Kumar berkata setakat ini pasukan sasatan khas telah merekodkan keterangan daripada tujuh orang saksi terdiri daripada tiga ahli keluarga dan empat pegawai perubatan.
00:46Beliau menegaskan sasatan itu yang dikendalikan oleh pasukan sasatan khas JSJ Bukit Aman akan dijalankan secara adil dan profesional berdasarkan undang-undang.
00:56Tindakan polis diraja Malaysia komited dalam memastikan ketelusan dan integriti sasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan tanpa berpihak kepada mana-mana individu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku.
01:10Pada 24 November lepas, tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang ke arah seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
01:23Kejadian pada 4.30 pagi itu menyebabkan anggota polis berpangkat kopral berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.
01:30Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkairi Mokhtar dilaporkan berkata kesemua suspek daripada geng Durian Tunggal itu dipercayai dalam perjalanan untuk menyamun sebuah primis dan aktif melakukan jenayah sejak 2004,
01:42membabitkan 20 kes di Melaka, sota masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor dengan kerugian RM1.35 juta.
01:49Bagaimanapun, pada tiga dejan berlepas, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dawaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan
01:58dan sesualan itu polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dawaan terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.
Be the first to comment