Kemboja pada awalnya mengesahkan penyertaan dalam 21 jenis sukan dengan lebih 300 atlet, namun mengurangkannya kepada 13 sukan pada akhir November susulan ketegangan berterusan di sempadan.
00:00Sementara itu, Persekutuan Sukan Asia Tenggara mengesahkan penarikan diri Kemboja daripada Sukan Asia Tenggara, Sukan C ke-33 yang sedang berlangsung di Thailand.
00:10Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chayapak Siriwat berkata, kontingen Kemboja memaklumkan kepada penganjur awal pagi Rabu mengenai keputusan untuk menarik diri daripada temasha itu.
00:22Ia susulan kebimbangan keselamatan atletnya di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan.
00:27Beliau turut memaklumkan 30 atlet Kemboja yang mengambil bahagian dalam upacara pembukaan pada selasa berterima kasih atas sambutan Mesra Thailand.
00:38Bagaimanapun, situasi keselamatan yang merosot dengan pantas di sempadan menyebabkan pegawai Kemboja mengarahkan kontingen kembali ke negara mereka.
00:48Beliau berkata sepucuk surat berasmi penarikan diri telah dikemukakan kepada pihak Thailand pada Rabu.
00:52Chayapak menjelaskan Kemboja turut memohon maaf atas keadaan itu dan mengesahkan semua atletnya akan pulang segera.
01:02Kemboja pada awalnya sahkan penyertaan dalam 21 jenis sukan dengan lebih 300 atlet.
01:07Bagaimanapun, ia dikurangkan kepada 13 jenis sukan pada akhir November, susulan ketegangan berterusan di sempadan.
01:16Sukan C 2025 yang dirasmikan oleh Raja Maha Vajiralongkon pada selasa menampilkan 50 sukan rasmi dengan penyertaan kira-kira 12,506 atlet dari 11 negara termasuk Kemboja.
01:29Temasha duit tahunan itu yang dianjurkan bersama Bangkok dan Chonburi berlangsung sehingga 20 Disember manakala sukan para ASEAN APG 2025 dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 26 Januari 2026.
Be the first to comment