Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Jemaah Menteri memutuskan supaya ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi tujuan penelitian, selaras dengan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Transcript
00:00Jemaah Menteri memutuskan supaya Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Seri Takiuddin Hassan, dirujuk kepada Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi tujuan penelitian selaras dengan peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Uthman Said berkata,
00:21selaras dengan keputusan tersebut, usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara tersebut dirujuk secara rasmi.
00:33Keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pandangan yang dibangkitkan semasa perbahasan dan untuk memastikan bahawa Ahli Parlimen juga diberikan ruang
00:42untuk didengar dalam jawatan kuasa hak dan kebebasan serta membolehkan sebarang dapatan yang dibuat jawatan kuasa tersebut
00:49yang mempunyai mandat khusus di bawah peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat.
00:55Pada selasa, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata,
01:00usul untuk menggantung takiyudin daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ditangguhkan kesesi mesyuarat akan datang.
01:07Ia susulan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Seri Dr. Syamsul Anwar Nasarah, memohon agar usul berkenaan ditangguhkan.
01:15Usul berkenaan antaranya menyebut semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar pada 22 Oktober,
01:24takiyudin telah berucap berhubung satu kejadian yang melibatkan agensi penguatkuasaan maritim Malaysia di Masjid Rusila Marang, Terengganu.
01:32Usul itu menyebut ahli parlima berkenaan juga dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan peristiwa memali pada 1985 serangan terhadap tempat suci ibadat
01:43dan cuba menakutkan rakyat dengan ucapannya yang telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam.
01:53Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended