00:00Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM mengeluarkan notis pelucut hakkan berhubung harta yang dikaitkan dengan Allahyarham Tundaim Zainuddin.
00:18Sebanyak 5,741 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi rentas sempadan Zon Selatan 2025 diadakan sejak 2 Disember.
00:33Sesi persekolahan 5 buah sekolah di sekitar Bekenubiri terjejas selepas beberapa kawasan rendah kembali berdepan situasi banjir susulan hujan lebat berterusan sejak selasa malam serta pertembungan fenomena air pasang besar pada awal Rabu.
00:48Kada pengangguran pada Oktober 2025 kekal 3% mencatatkan 518,900 penganggur menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Dossom.
00:59Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Dato' Jeffrey Arifin hari ini dilantik pengurusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu.
01:07Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menghubungi pemimpin Kemboja dan Thailand untuk menghentikan konflik peperangan yang memasuki hari ketiga.
01:14Kemboja memaklumkan 514 sekolah di wilayah sempadan telah ditutup berikutan pertempuran yang berterusan di sempadan dengan Thailand.
01:25Rakaman drone pada selasa mendedahkan kemusnahan besar akibat banjir yang melanda komuniti di kawasan barat laut Fall City, Washington, susulan fenomena sungai atmosfera yang membawa hujan lebat berterusan ke wilayah itu.
01:37Australia mula menguatkuasakan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun yang disifatkan sebagai yang pertama seumpamanya di dunia dengan undang-undang itu berkuatkuasa sepenuhnya pada Rabu.
01:52Cabutan bertuah yang menawarkan peluang memenangi lukisan asli karya Pablo Picasso bernilai 1 juta euro dengan harga tiket hanya 100 pound di Paris akan kembali untuk edisi ketiga pada April 2026.
Be the first to comment