Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
5,741 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi rentas sempadan zon selatan 2025 diadakan sejak 2 Disember.
Transcript
00:00Sebanyak 5,741 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi rentas sempadan Zon Selatan 2025 diadakan sejak 2 Disember.
00:13Hasil pemeriksaan ke atas 26,358 kenderaan sebanyak 2,382 notis dikeluarkan JPJ Negeri Sembilan diikuti JPJ Melaka 1,628 notis dan JPJ Johor 1,731 notis.
00:31Pengarah JPJ Johor, Zukal Nain Yassin berkata, operasi itu memfokuskan pengesanan dan pematuhan peraturan keselamatan serta pemeriksaan kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
00:50Katanya, hasil analisis menunjukkan tahap kesedaran pengguna jalan raya meningkat apabila kadar kebarang kalian ditangkap melakukan kesalahan POBC mencecah 88% melepasi sasaran asal 70%.
01:04Dari segi analisis, analisis yang kita dah jalankan, kesalahan paling tinggi yang melibatkan kesalahan lesen mandu iaitu menyumbang kepada sejumlah 1,601 notis dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen mandu.
01:24Manakala kesalahan kedua melibatkan LKM tamat tempoh iaitu sejumlah 1,371 notis dan diikuti dengan kesalahan melibatkan tiada pengguna insurans sejumlah 1,175.
01:39Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media operasi rentas sepadan Zon Selatan 2025 di Plaza Toskudai, Aras Selatan, Johor Bahru.
01:48Dalam operasi sama, sebanyak 40 motosikal, 16 kereta dan 21 keneraan barangan turut dikenakan tindakan sitaan.
01:58Manakala kompang maksimum bagi kesalahan tertentu adalah sehingga RM300.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended