Menerusi laporan CIJ, sepanjang tahun 2025, Malaysia menyaksikan sekatan melibatkan isu berkaitan politik dan 3R (bangsa, agama dan Raja), serta peningkatan pengawasan terhadap pandangan yang berasaskan moraliti dan keagamaan.
00:00Sebanyak 233 siasatan dan tangkapan dilakukan di bawah undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara sepanjang tahun ini berbanding 189 kes pada 2024.
00:11Ini sekaligus mencatatkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 23.28%.
00:16Dapatan itu didedahkan Pusat Kewartawanan Bebas CIJ, Mersi Laporan Bertajuk Kebebasan Bersuara di Malaysia 2025 yang dilancarkan pada Rabu.
00:26Pengarah Eksekutif CIJ, Wajlah Naidu berkata, Akta Komunikasi dan Multimedia atau CMA kekal sebagai perundangan utama yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara diikuti oleh Akta Hasutan yang dilihat sebagai alat bersifat kekal dan menghukum dalam memantau ulasan serta wacana politik awam.
Be the first to comment