00:00Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MyCC berakhir kemenangan setelah Mahkamah Tinggi pada 5 Disember lalu menolak permohonan semakan kehakiman oleh dagang net teknologi Senyamberhad.
00:10Sekaligus mengesahkan keputusan Suruhanjaya itu dan Tribunal Rayuan Persaingan atau CAD sebelum ini.
00:16Keputusan itu sekaligus mengekalkan dapatan MyCC pada 2021 yang mendapati dagang net telah menyalahgunakan kedudukan Dominance sebagai penyedia tunggal perkhidmatan pemudah cara dagangan dalam talian di bawah National Single Window atau NSW.
00:35Dalam kenyataan, MyCC memaklumkan Mahkamah Turut memerintahkan dagang net untuk membayar kos proseding sebanyak RM20,000.
00:42Dagang net anak syarikat milik penuh dagang NextChange Berhad atau D-NEX telah lama menguasai platform elektronik bagi penyerahan dokumen kustom.
00:53Namun, siasatan MyCC sebelum ini mendapati syarikat itu menguatkuasakan closer exclusivity terhadap penyedia perusian antara Oktober 2015 dan November 2017, tindakan yang didakwa menyekat persaingan sihat dalam ekosistem NSW dan U-Custom.
01:10Atas alasan itu, MyCC mengenakan penalti RM10.3 juta ke atas syarikat berkenaan.
01:18Percubaan dagang net untuk mencabar keputusan itu melalui tribunal rayuan, persaingan juga gagal sebelum syarikat tersebut memilih untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi.
01:28Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dato' Iskandar Ismail menyifatkan keputusan Mahkamah sebagai pengiktirafan jelas terhadap mandat Suruhanjaya dalam mempertahankan pasaran yang terbuka dan kompetitif.
Be the first to comment