MISC Bhd (MISC) telah menerima surat anugerah penyediaan perkhidmatan pajakan, operasi dan penyelenggaraan (OM) bagi sebuah unit pengeluaran terapung (FPU) untuk projek pembangunan gas asli di Brunei daripada Petronas Carigali Brunei Ltd (PCBL).
00:00MISC Berhad berjaya menembusi pasaran minyak dan gas luar pesisir Brunei buat pertama kali melalui projek unit pengeluaran terapung.
00:09Syarikat itu menerima surat anugerah daripada Petronas Carigali Brunei Limited PCBL bagi menyediakan perkhidmatan pajakan, operasi dan penyelenggaraan untuk projek pembangunan gas asli di negara itu.
00:21Syarikat itu dalam kenyataannya memberitahu, kejayaan memperoleh kontrak melalui proses bidaan kompetitif antarabangsa menandakan satu langkah penting dalam pengembangan jejak geografi MISC ke pasaran serantau baharu.
00:37MISC diberi kontrak selama 12 tahun dengan PCBL memegang hak untuk melanjutkannya sehingga 3 tempoh tambahan selama 1 tahun bagi setiap satu.
00:45Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC, Zahid Osman menyifatkan projek itu sebagai satu pencapaian penting kerana ia menandakan kemasukan rasmi syarikat ke pasaran luar pesisir Brunei.
00:59Menurutnya, projek ini merangkumi semangat strategi kemajuan penyampaian syarikat dalam memperkukuh asas dengan aset berkualiti tinggi dan mampan demi memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan.
01:11Aset berkenaan juga dilengkapi dengan kapasiti penyimpanan 300,000 ton bagi memastikan fleksibiliti operasi yang optimum sepanjang tempoh penempatannya di medan gas itu.
01:23Kehadiran aset itu di kawasan luar pesisir Brunei dijangka menyumbang kepada bekalan jangka panjang bahan mentah untuk sektor gas asli cercai negara Brunei.
Be the first to comment