Skip to playerSkip to main content
  • 54 minutes ago
Ikuti rangkuman berita global di tiga negara, Syria dengan masalah penempatan pasca perang tamat; pilihan raya tertunda di Honduras dan rampasan kuasa gagal di Benin.
Transcript
00:00Dan sebelum kita berakhir, ini rangkuman berita antarabangsa yang lain.
00:05Kita mulakan dengan perkembangan di Syria.
00:08Walaupun sudah setahun kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad yang menamatkan konflik berpanjangan di Syria,
00:15ramai keluarga mendapati isu penempatan semula masih memburuk.
00:19Berdasarkan laporan dikeluarkan agensi antarabangsa di sebagian wilayah Idlib di utara Syria,
00:24misalnya keluarga yang bertahun-tahun tinggal di Kemp Pelarian mula pulang ke kampung halaman
00:29namun mendapati kawasan itu tidak lagi dikenali, rata, kosong dan tanpa perasarana asas.
00:36Selain itu di perkampungan Ain Dakneh, kawasan yang pernah menempatkan ratusan keluarga
00:41kini hanya tinggal runtuhan batu dan konkret berselerak.
00:45Keadaan lebih menyedihkan di Kemp Pelarian Idlib di mana ribuan penduduk Syria masih tinggal di Kemah
00:50tanpa sebarang jangka masa khusus untuk pulang.
00:54Beralih ke Honduras
00:56Penduduk San Antonio de Flores membuang undi pada ahad seminggu selepas seluruh negara
01:02selesai mengundi dalam proses pilihan raya tertunda
01:05yang berpotensi mengubah keputusan perlumbaan Presiden paling sengit dalam sejarah negara itu.
01:10Proses mengundi melibatkan 4,996 pengundi berdaftar itu
01:14dikawal ketat oleh Rondaan Tentera dan Pemahati
01:17daripada Pertubuhan Negara-Negara Amerika OAS
01:21selepas pusat mengundi ditutup pada 30 November
01:24perikutan dawaan sabotaj dan penipuan.
01:27Ketika ini calon Presiden Honduras Salvador Nasrallah
01:30ketinggalan kurang 20,000 undi
01:32di belakang pencabar konservatifnya Nasri Asfura.
01:36Bandar kecil ini yang tidak mempunyai datuk bandar
01:38selama 2 tahun akibat pertikaian undang-undang
01:41kini menjadi pusat perhatian dalam krisis politik
01:44yang boleh mengubah masa depan Honduras
01:46serta hubungannya dengan Amerika Syarikat.
01:49Ini pula di Benin.
01:51Presiden Benin, Patrice Talon
01:53mengumumkan kerajaan dan pasukan keselamatan
01:55berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa
01:58oleh sekumpulan anggota tentera
01:59serta berjanji akan menghukum pihak terlibat.
02:03Jurucakap kerajaan, Wilfred Leandre Hongbeji
02:06memaklumkan 14 individu telah ditahan
02:08berhubung cubaan rampasan kuasa itu.
02:11Cubaan rampasan kuasa ini berlaku
02:13ketika Benin bersiap sedia menghadapi
02:15pilihan raya presiden pada April
02:16yang menandakan tamatnya tempoh
02:18pemerintahan Talon sejak 2016.
02:21Ia sesuatu yang mengejutkan banyak pihak
02:23memandangkan kali terakhir Benin
02:25alami rampasan kuasa
02:26ialah pada 1972.
02:28video ke-2
Be the first to comment
Add your comment

Recommended