Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan Negeri Perak komited memperkasa TVET melalui Pelan Perak Sejahtera. Datuk Khairudin Abu Hanipah menyeru belia jangan memilih kerja, rebut peluang kemahiran untuk masa depan lebih cerah.
Transcript
00:00Golongan belia di Perak di Seru tidak terlalu memilih pekerjaan dan sebaliknya merebut setiap ruang serta peluang yang ada, khususnya melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVAT yang kini menjadi antara Tras Pembangunan Modal Insan Negeri.
00:16Menurut pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanifah, belia perlu berani menceburi bidang kemahiran tanpa dipengaruhi persepsi negatif masyarakat terhadap sesuatu pekerjaan.
00:34Khairuddin berkata belia juga perlu membuang persepsi bahawa TVAT merupakan bidang kelas kedua atau pekerjaan yang kotor semata-mata.
00:42Jangan pilih pekerja, jangan pilih apa nak. Rebut ruang dan peluang yang ada, tak kiralah kemahiran itu rasanya agak susah ataupun agak pelik dan sebagainya tetapi rebut peluang, ambil dan insyaAllah berjaya.
00:57Yang keduanya, buang persepsi-persepsi yang buruk. Kata TVAT ini low class, kekerjaannya kotor dan sebagainya, kena tengok. Mereka yang berjaya adalah lulusan daripada TVAT.
01:10Kerana TVAT ini saya kata tadi, dia dapat dua sekali. Dia dapat segi akademik, dia dapat kemahiran.
01:15Tapi kalau mereka yang segi akademik, yang ada ijazah dan sebagainya tetapi tak ada kemahiran mungkin, ruang mereka untuk mengambil pekerjaan agak kecil.
01:23So, saya harap buang persepsi yang negatif, tumpu dan berilah berfokus kepada TVAT ini.
01:30Kerana saya lihat negara kita memang nak jadikan TVAT ini sebagai salah satu elemen yang penting untuk meningkatkan kemahiran dan akhirnya dapat memberi pendapatan yang cukup lumayan kepada orang muda.
01:42Orang muda, jangan pilih kerja. Ambil apa yang ada dan akhirnya boleh mencapai kehidupan yang lebih selesa dan akhirnya boleh menjadi seorang warga negara yang cukup berkemahiran dan berilmu.
01:52Beliau berkata demikian dalam episod khas Aune Pagi disiarkan beri Isnin.
01:57Dalam beri itu, beliau berkata kerajaan negeri Perak terus komited memperkasa TVAT menerusi pelan Perak Sejahtera
02:03yang meletakkan pembangunan belia dan modal insan berkemahiran tinggi sebagai antara tonggak utama.
02:09Katanya pelan itu memberi penekanan kepada peluasan akses latihan kemahiran, pemerkasaan institusi TVAT,
02:15kerjasama strategik bersama industri serta peningkatan keboleh pasaran graduan agar belia Perak mampu memenuhi keperluan guna tenaga masa depan.
02:24Sebagai antara usaha mendekati golongan muda, Khairuddin berkata,
02:28kerajaan negeri terus melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk jelajah MTVAT Perak
02:33yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar dan belia mengenai peluang latihan kemahiran,
02:39persijilan serta prospek kejaya dalam bidang teknikal dan vocational.
02:43Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended