Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam berkata beliau tidak akan bersara daripada arena politik sekiranya menerima pengampunan daripada Presiden negara itu berhubung perbicaraan rasuah yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
Transcript
00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akui beliau tidak akan bersara daripada arena politik sekiranya menerima pengampunan daripada Presiden Isaac Herzog berhubung perbicaraan rasuah yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
00:15Beliau sebelum ini ditanya seorang wartawan sama ada beliau merancang untuk berundur daripada kehidupan politik jika menerima pengampunan.
00:23Bulan lalu Netanyahu memohon kepada Presiden Israel supaya diberikan pengampunan.
00:30Barisan peguamnya berhujah kehadiran kerap Perdana Menteri itu ke mahkamah menjejaskan keupayanya mentabir selain menyatakan pengampunan itu akan memberi manfaat kepada Israel.
00:40Pengampunan di Israel lazimnya hanya diberikan selepas proseding undang-undang selesai.
00:45Sebelum ini belum pernah ada kes yang mana pengampunan diberikan ketika perbicaraan sedang berlangsung.
00:50Netanyahu sebelum ini berkali-kali menafikan salah laku terhadap tuduhan rasuah, penipuan serta pecah amanah.
00:57Peguamnya berkata Netanyahu masih percaya proseding undang-undang jika dimuktamadkan akan menyebabkan pembebasan sepenuhnya.
01:04Sebelum Netanyahu membuat permohonan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pernah menulis kenyataan kepada Herzog
01:10menggesa Presiden Israel itu mempertimbangkan untuk memberikan pengampunan kepada Perdana Menteri berkenaan.
01:16Beberapa adi politik pembangkang Israel berhujah sebarang pengampunan harus bersyarat
01:21termasuk Netanyahu perlu berundur daripada politik dan mengakui kesalahannya.
01:26Selain itu terdapat juga yang berpendapat bahawa Perdana Menteri itu mesti terlebih dahulu
01:31mengadakan pilihan raya umum yang dijadualkan selewat-lewatnya Oktober 2026.
01:35Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended