Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pihak berkuasa Sri Lanka mengeluarkan amaran tanah runtuh baharu ketika hujan lebat terus melanda kawasan yang sudah terjejas teruk akibat taufan kuat, sementara angka korban meningkat kepada 618 orang.
Transcript
00:00Seterusnya pihak berkuasa, Sri Lanka mengeluarkan amaran tanah runtuh baru pada Isnin ketika mana hujan lebat terus melanda kawasan yang sudah terjejas teruk akibat taufan kuat.
00:12Angka korban akibat bencana alam di Sri Lanka kini meningkat kepada lebih 600 orang.
00:17Lebih 2 juta penduduk iaitu hampir 10% daripada populasi Sri Lanka terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang berlaku minggu lalu.
00:26Susulan Taufan Dituah yang dianggap paling buruk melanda negara pulau itu pada abad ini.
00:33Pusat pengurusan bencana DMC memaklumkan ribut monsoon menambah hujan dan menjadikan cerun bukit tidak stabil termasuk di kawasan pergunungan tengah dan tanah tinggi barat laut.
00:44Helikopter dan pesawat digunakan untuk menghantar bantuan kepada komuniti yang terputus hubungan akibat tanah runtuh di bahagian tengah negara.
00:51Tentera Udara Sri Lanka memaklumkan mereka menerima bekalan bantuan udara dari Myanmar pada Ahad sebagai sebagian daripada bantuan antarabangsa terkini.
01:00Kerajaan mengesahkan 618 kematian termasuk 464 di kawasan pengeluartih yang subuh di tengah Sri Lanka manakala 209 orang masih hilang.
01:11Lebih 75,000 rumah pula rosak termasuk hampir 5,000 yang musnah sepenuhnya.
01:17Jumlah penduduk di kamp larian yang dikendalikan kerajaan menurun kepada 100,000 orang daripada 225,000 ketiga air banjir surut.
01:27Jumat lalu kerajaan Sri Lanka melancarkan paket pampasan besar-besaran bagi membina semula rumah dan memulihkan perniagaan yang terjejas dengan kos pemulihan dianggarkan sehingga 7 bilion dolar Amerika.
01:38Mangsa ditawarkan sehingga 10 juta rupiah untuk membeli tanah selamat dan membina rumah baru.
01:45Manakala pampasan 3,300 dolar Amerika diberikan bagi setiap kematian atau kecacatan kekal.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended