Ketidaktentuan ini berpunca daripada jurang yang semakin melebar antara ahli-ahli yang berpendirian 'agresif' dan 'tegas' dalam jawatan kuasa tersebut iaitu satu perbezaan yang kini memberi implikasi bermakna terhadap jangkaan pasaran.
00:00Bursa Malaysia dijangka berada dalam mod bergantung kepada data ketika pasaran membuat persediaan menjelang mesyuarat jawatan kuasa pasaran terbuka Persekutuan FOMC pada 9 hingga 10 Disember.
00:12Pengarah Penganalisi Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sedan Berhad, Mohd Siddiq Jantan berkata, walaupun pasaran menganggarkan kebarang kalian sebanyak 87% untuk penurunan 25 mata asas, perhatian kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai arah dasar Rizal Persekutuan FED pada awal 2026.
00:32Ujar beliau, ketidaktentuan ini berpunca daripada jurang yang semakin melebar antara ahli-ahli yang berpendirian agresif dan tegas dalam jawatan kuasa tersebut, iaitu satu perbezaan yang kini memberi implikasi bermakna terhadap jangkaan pasaran.
00:49Bagaimanapun, Mohd Siddiq berkata, sentimen keseluruhan dijangka kekal sensitif terhadap pencetus luaran termasuk data makro AS dan sebarang perubahan dalam panduan masa depan FED.
00:59Secara keseluruhannya, unjuran untuk minggu ini menunjukkan persekitaran yang lebih taktikal dan dipacu oleh peralihan sektor di Bursa Malaysia.
01:08Dengan isyarat dasar global dan dinamik mata wang yang terus mempengaruhi tingkah laku pelabur, peserta pasaran dijangka kekal selektif sambil mengekalkan tumpuan kepada sektor-sektor yang menawarkan kekuatan pertahanan,
01:19asas yang disokong oleh mata wang atau momentum keuntungan yang lebih jelas menjelang hujung tahun.
01:24Bagi asas sejumaat-kejumaat, FBM KLCI meningkat 12.05 mata kepada 1,616.52 daripada 1,604.47 mata minggu sebelumnya.
01:37Jumlah dagangan mingguan menurun kepada 18.86 bilion unit bernilai 13.40 bilion ringgit daripada 22.37 bilion unit bernilai 17.23 bilion ringgit minggu lepas.
01:51Jumlah dagangan pasaran utama merosot kepada 7.01 bilion unit bernilai 11.41 bilion ringgit daripada 8.55 bilion unit bernilai 14.56 bilion ringgit sebelumnya.
Be the first to comment