00:00Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan menggesa pertempuran bersenjata di sempadan Thailand dan Kampoja dihentikan serta-merta demi keamanan dan kestabilan serantau.
00:11Tegasnya Malaysia memandang serius perkembangan terkini dan menyeru semua pihak mengambil langkah segera bagi meredakan keadaan serta mengelakkan insiden yang boleh menjejaskan usaha perdamaian sebelum ini.
00:22Malaysia mengiktiraf komitmen ke dua-dua negara melalui Perjanjian Genjatan Senjata pada 28 Julai, Mesyuarat Jawatan Kuasa Sempadan Am GBC pada 7 Ogos serta Perjanjian Damai Kuala Lumpur yang dimeterai pada 26 Oktober 2025.
00:38Dalam semangat persefahaman serantau, Malaysia menggesa agar semua pihak mematuhi perenggan tujuh perjanjian genjatan senjata yang menekankan keperluan rundingan segera di peringkat tempatan bagi mengelakkan situasi daripada terus memuncak.
00:52Malaysia percaya melalui dialog berterusan langkah diplomatik yang konstruktif dan penghormatan terhadap mekanisme dua hala, keamanan dan kestabilan dapat dikekalkan demi kepentingan bersama rantau ini.
Be the first to comment