Operasi membawa naik sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah) merupakan antara tugasan paling mencabar pernah dilakukan oleh sebuah syarikat penunda kenderaan di Hulu Terengganu.
Pengusahanya, Mohd Izani Mohd Rahim, 46, berkata, operasi bermula kira-kira jam 2 petang pada Sabtu dalam keadaan hujan lebat yang menyebabkan struktur tanah di lokasi kejadian menjadi semakin longgar.
00:00Operasi membawa naik SUV yang terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di kilometer 52,
00:06Jalan Kuala Jeneris Sungai Gawi Aring merupakan antara tugasan paling mencabar pernah dilakukan oleh sebuah syarikat penunda kenderaan di Hulu Terengganu.
00:16Pengusahanya, Mohd Izani Mohd Rahim, 46 tahun berkata,
00:20Operasi bermula kira-kira jam 2 petang pada Sabtu dalam keadaan hujan lebat yang menyebabkan struktur tanah di lokasi kejadian menjadi semakin longgar.
00:31Menurutnya, proses menarik keluar kenderaan itu juga berdepan risiko tinggi apabila berlaku beberapa kali runtuhan tanah di kawasan berkenaan.
00:40Beliau berkata, seramai enam petugas terlibat dalam operasi itu, termasuk tiga yang tepat seturun ke dasar gaung bagi memasang kabel pada SUV berkenaan.
00:50Mengulas mengenai kos operasi, Izani berkata, ia melibatkan kira-kira RM4,000 dan ditanggung oleh ahli keluarga mangsa.
00:59Katanya, SUV tersebut kemudiannya dibawa menggunakan trak tunda ke ibu pejabat polis daerah Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Be the first to comment