Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Situasi banjir di tiga negeri menunjukkan perkembangan mangsa menurun setakat 6 pagi ini.
Transcript
00:00Situasi banjir di tiga negeri yang masih terjejas menunjukkan perkembangan tidak banyak berubah setakat 11 pagi Isnin.
00:08Di Perak, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 573 orang daripada 161 keluarga yang masih berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara PPS di tiga daerah.
00:21Di Selangor, jumlah mangsa kekal dengan hanya satu PPS dibuka kepada 38 orang daripada 12 keluarga berbanding 40 orang daripada 13 keluarga pada petang Ahad.
00:32Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, ketika ini hanya satu PPS beroperasi iaitu di daerah terjejas Kuala Selangor.
00:42Sementara itu di Pahang, kesemua PPS yang sebelum ini beroperasi sudah ditutup pada Ahad apabila tiada lagi mangsa banjir lagi berlindung sementara di situ.
00:51Kumpulan terakhir yang dibenarkan pulang ialah seramai tujuh orang daripada satu keluarga.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended