Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam Kebangsaan 2025 mencatat kehadiran lebih 500,000 pengunjung di Dataran Putrajaya.
00:00Bertemu kembali. Program rancakan madani bersama Malaysia KU dan Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam Kebangsaan 2025 mendapat sambutan luar biasa.
00:11Ia dikunjungi lebih 500 ribu orang sepanjang penganjurannya dari 5 hingga 7 Disember 2025 di dataran Putrajaya.
00:19Kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan program berskala nasional yang dianjurkan unit pemecutan prestasi dan penyelarasan PACU
00:28dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbadanan Produktiviti Malaysia ini turut mencatat beberapa pencapaian penting.
00:35Antaranya termasuk jumlah jualan madani sebanyak 2.15 juta ringgit merangkumi jualan rahmah, jualan agro, festival makanan pesta rasa selera Malaysia dan trak makanan.
00:47Inisiatif Padanan Perniagaan pula mendapat melebihi RM400,000.
00:52Sementara itu, Kaunter Polis Diraja Malaysia PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengutip saman masing-masing sebanyak RM98,330 dan RM36,143
01:04menjadikan jumlah keseluruhan RM134,473.
01:10Selain itu, seramai 1,252 individu menerima tawaran pekerjaan melalui sesi temuduga terbuka.
01:17Program ini menampilkan kira-kira 500 aktiviti merangkumi 8 segmen utama iaitu Produk Madani Rakyat,
Be the first to comment