Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, akan menyiasat dakwaan kontraktor projek jalan raya yang didakwa tidak berkualiti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya Dato' Sri Alexander Nantalinggi menegaskan pihaknya akan menyiasat dakwaan penduduk Aman Puteri yang mendakwa kontraktor projek jalan raya di kawasan berkenaan sebagai cap ayam.
00:13Beliau berkata setiap aduan akan diteliti bagi mengenal pasti punca sebenar masalah turapan jalan yang didakwa tidak berkualiti.
00:20Ya lah sesiapa boleh mendakwa lah tapi kita nak tengok lah kita kena siasat dulu ya kejadian tu apa sebenarnya di mana puncanya masalah tu dan yang mendakwa tu dia suka dia lah.
00:38Tapi kita pilih kontraktor mengikut tata kelola tapi memang ada berlaku kadangkala kontraktor yang tidak berprestasi dengan terbaik lah.
00:51Beliau ditemui selepas perimpunan bulanan Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur.
00:56Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti berlaku kelemahan dalam pelaksanaan projek berkenaan.
01:04Sabtu lalu sekitar 30 penduduk Aman Puteri berkumpul menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keadaan turapan jalan yang turut menjadi laluan utama yang menghubungkan paya jaras ke Bukit Darah dilaporkan rosak teruk sejak 2023.
01:19Penduduk Aman Puteri Tangga Raja Manikam meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan turapan jalan raya di sekitar kawasan perumahan itu dan menyifatkan kualiti kerja yang dilakukan umpama kontraktor Cap Ayam.
01:31Dia mendakwa masalah timbul apabila kerja menurap semula jalan tidak mengikut prosedur operasi standar SOP yang betul menyebabkan permukaan jalan cepat rosak.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended