Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pasaran ‘yo-yo’ atau tidak menentu ini memberi peluang baik kepada pembeli fizikal terutama memandangkan kedudukan stok semasa yang tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah MSM dijangka diniagakan tidak menentu minggu ini, berikutan cuti akhir tahun yang menyebabkan kurangnya pelibatan peniaga antarabangsa.
00:11Peniaga kena minyak sawit Interbank Group of Companies Jim Teh berkata, lazimnya kebanyakan peserta pasaran global mengambil cuti tahunan pada Disember, sekaligus menyebabkan mudah tunai rendah dan turun naik harga yang lebih meluas.
00:23Pasaran yo-yo atau tidak menentu ini memberi peluang baik kepada pembeli fizikal, terutama memandangkan kedudukan stok semasa yang tinggi.
00:33Beliau berkata pasaran akan memantau rapi data stok minyak sawit Malaysia pagi November yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB pada 10 Disember.
00:42Bagaimanapun, peniaga minyak sawit David Eng menjangka pasaran MSM diniagakan dengan kecenderungan arah aliran meningkat memandangkan kekuatan pasaran minyak kacang soya baru-baru ini dan pengeluaran yang dijangka menurun dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
00:57Pihaknya mengunjurkan harga diniagakan antara RM4,080 satu tan dan RM4,250 satu tan minggu ini.
01:04Pada Jumaat minggu lepas, dagangan di pasaran derivatif sebusah Malaysia dihentikan berikutan gangguan sistem Globex.
01:11Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 293,576 lot daripada 319,379 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 262,698 kontrak daripada 282,153 kontrak sebelumnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended