00:00Lembaga Kemajuan Ikan Melisa LKIM memperuntukkan RM1.8 juta kepada 628 nelayan di seluruh negara tahun ini menerusi skim bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan.
00:13Pengurusi LKIM, Mohd Faiz Fazil berkata, bantuan berkenaan meliputi kerja pembaikan rumah dan bot nelayan yang rosak akibat bencana alam seperti banjir dan ribut.
00:23Jelas beliau, tahun ini LKIM menerima peruntukan berjumlah RM2 juta dengan sebahagian besarnya untuk nelayan yang terkesan banjir di negeri pantai timur.
00:35Skim ini menyediakan bantuan maksimum RM10,000 bergantung tahap kerosakan.
00:41Bagaimanapun, sekiranya kerosakan melebihi had tersebut, LKIM akan memohon bantuan tambahan daripada kerajaan melalui skim lain.
00:48Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban nelayan serta menyokong usaha LKIM memastikan kebajikan komuniti itu terpelihara dan jaminan sekuriti makanan terus terjaga.
01:00Mengulas mengenai bekalan ikan sepanjang monsoon timur laut, beliau berkata, keperluan pengguna mencukupi melalui 300 metrik tan stok simpanan LKIM dan 1,600 metrik tan stok syarikat swasta.
01:12Justeru katanya, LKIM menggalakkan rakyat mempelbagaikan sumber protein pada musim tengkujuh bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil laut.
01:21Pada masa sama, pihaknya juga ingin mendidik pengguna membeli ikan mengikut musim pembiayakan spesies bagi mengelak harga tinggi.
01:29Sebelum itu, Mohd Faiz menyampaikan bantuan peralatan persekolahan bernilai RM8,600 kepada 100 anak nelayan bacok termasuk beg sekolah, topi dan botol air selain baucer RM50 setiap seorang.
Be the first to comment