Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tuduhan kononnya SPRM digunakan untuk menyiasat calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR Mei lepas seperti didakwa bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sebuah audio siar baru-baru ini.
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menafikan dakwaan bekas timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sebuah audiosia baru-baru ini,
00:11kononnya suruhanjaya itu digunakan untuk menyiasat calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR Mei lalu.
00:18SPRM yang menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas menegaskan siasatan dijalankan berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima.
00:26Menurut SPRM, setiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang serta prosedur yang ditetapkan.
00:37Tuduhan bahawa SPRM mengepung rumah individu tertentu adalah tidak tepat.
00:41Sebaliknya, dalam kes yang dirujuk, pegawai penyiasat hadir kekediaman berkenaan bagi tujuan bertemu serta melaksanakan penggeledahan bagi mendapatkan bahan bukti,
00:51iaitu satu kaedah siasatan yang biasa termasuk elemen kejutan untuk mengelakkan risiko pelupusan bukti.
00:58Selepas pengesahan individu tersebut tiada di rumah ketika itu, pegawai beredar seperti biasa.
01:03Dan pada keesokan hari, individu berkenaan hadir sendiri ke pejabat SPRM dan rakaman percakapannya diambil serta beliau dibebaskan tanpa penahanan.
01:13Menurut SPRM, semua tindakan adalah selaras dengan keperluan dan tata cara siasatan.
Be the first to comment