Kerajaan India pada Sabtu menggunakan kuasa kawal selia dan mengumumkan had tambang bagi membendung kenaikan harga tiket penerbangan susulan krisis operasi di IndiGo yang membawa kepada pembatalan besar-besaran penerbangan serta lonjakan tambang.
00:00Kerajaan India pada Sabtu menggunakan kuasa kawal selia dan mengumumkan had tambang bagi membendung kenaikan harga tiket penerbangan.
00:08Ini susulan krisis operasi di Indigo yang membawa kepada pembatalan besar-besaran penerbangan serta lonjakan tambang.
00:18Kementerian Penerbangan Awam Persekutuan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan
00:23supaya mematuhi sepenuhnya had tambang yang ditetapkan bagi melindungi penumpang daripada sebarang bentuk penetapan harga yang disengajakan.
00:32Kementerian itu berkata ia akan terus memantau harga tambang melalui data masa nyata serta penyerahasan aktif dengan syarikat penerbangan dan platform perjalanan dalam talian.
00:43Kementerian itu juga berkata ia telah mengarahkan Indigo syarikat penerbangan terbesar di India
00:50supaya menyelesaikan semua bayaran balik penumpang tanpa sebarang kelewatan.
00:55Menurutnya, krisis operasi Indigo berpunca daripada kekurangan juruterbang dan kru penerbangan berikutan pelaksanaan peraturan baharu had masa tugas penerbangan atau FDTL
01:05yang menetapkan tempoh rehat lebih panjang kepada kaki tangan.
01:09Indigo juga mengakui telah tersilap menilai jumlah juruterbang yang diperlukan di bawah peraturan FDTL baharu itu.
01:17Menyifatkan perkara itu sebagai salah urus Indigo,
01:20kerajaan India memaklumkan sebuah jawatan kuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat dan menentukan pihak bertanggungjawab atas kegagalan tersebut.
Be the first to comment