Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan 15 anak kapal kargo yang mengalami kebocoran ketika pelayaran dari Lumut, Perak menuju ke Vietnam awal pagi Sabtu.
Transcript
00:00Agensi Penguat Kuasaan Maritim Malaysia APMM berjaya menyelamatkan 15 anak kapal kargo yang mengalami kebocoran ketika pelayaran dari Lumut Perak menuju ke Vietnam awal pagi Sabtu.
00:12Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, kejadian itu berlaku ketika kapal kargo yang membawa muatan tanah liat itu berada pada 59 batu nautika timur laut Merchang di Marang pada satu pagi.
00:26Laporan kejadian itu diterima selepas Maritim Maritime Rescue Subcenter, MRSC, Kuantan, mengaktifkan prosedur kecemasan dan mengarahkan kapal terbabit menghampiri daratan bagi meminimumkan risiko.
00:40Susulan itu, kapal peronda APMM KM Sebatik diatur gerak ke lokasi dan melaksanakan pemindahan anak kapal dengan selamat di kedudukan kira-kira 5 batu nautika timur, kampung Jambu Bongkok, Marang.
00:53Kesemua mangsa melibatkan 13 rakyat Vietnam dan masing-masing seorang rakyat India serta Bangladesh berusia antara 21 hingga 54 tahun.
01:03Mereka berjaya dibawa ke jeti Zon Maritim Kemaman pada 6 petang untuk pemeriksaan kesihatan serta serahan kepada ejen.
01:10Terima kasih.
01:12Terima kasih.
01:14Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended