00:00Seorang penunggang motosikal lelaki maut manakala seorang pemandu kereta wanita cedera selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Raza, Air Keroh.
00:09Komander Operasi Balai Bomber dan Penyelamat Air Keroh, Iswandi Arifin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.30 petang dan jentera tiba di lokasi 7 minit kemudian.
00:21Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati telah berlaku kemalangan menibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai berpunca daripada pokok tumbang.
00:29Pasukan bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang terhempap di bawah pokok selain melakukan pemotongan dan pembersihan pokok tumbang sehingga selesai.
00:38Iswandi berkata, mangsa berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,
00:45manakala pemandu kereta Perodera Myvi berusia 19 tahun yang cedera dibawa ke hospital.
00:49Operasi yang disertai 8 anggota itu tamat pada 3.18 petang.
Be the first to comment