Langkah tersebut juga selari dengan usaha kerajaan peralihan Syria untuk meningkatkan kestabilan, membina masa depan yang inklusif dan selamat untuk rakyatnya, serta bekerjasama dengan rakan antarabangsa bagi memperkukuh kestabilan serantau dan memerangi keganasan.
00:00Canada pada Jumaat umum mengeluarkan Syria daripada senarai negara asing penyokong keganasan dan turut memadamkan hayat Tahrir Al-Sham sebagai entiti pengganas.
00:11Menurut kenyataan dikeluarkan Global Affairs Canada, langkah itu diambil selaras dengan keputusan terbaru sekutu termasuk Britain dan Amerika Syarikat.
00:19Menurut kenyataan itu, keputusan tidak dibuat secara mudah selain turut menekankan keselamatan rakyat Kanada yang akan kekal menjadi keutamaan kerajaan Kanada.
00:32Katanya, langkah tersebut juga selari dengan usaha kerajaan peralihan Syria untuk meningkatkan kestabilan, membina masa depan yang inklusif dan selamat untuk rakyatnya.
00:42Antara lain, bekerjasama dengan rakan antarabangsa bagi memperkukuh kestabilan serantau dan memerangi keganasan.
00:51Untuk rekod, Kanada ketika ini menggunakan sekatan terhadap 56 entiti Syria dan 225 individu.
00:58Ini termasuk pegawai kanan bekas kerajaan Bashar al-Assad, seterakan dan ahli keluarga Assad.
Be the first to comment