Perkara 1 Undang-Undang No. 19/2025 memperuntukkan bahawa perjanjian ekstradisi disahkan, dengan salinan teks asal dalam bahasa Indonesia, Rusia dan Inggeris dilampirkan sebagai bahagian tidak terpisahkan daripada undang-undang itu.
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto secara rasmi sahkan perjanjian ekstradisi dengan Rusia melalui Undang-Undang No. 19 tahun 2025.
00:10Menurut maklumat daripada rangkaian dokumentasi dan maklumat Undang-Undang JDIH, Kementerian Sekretariat Negara pada Jumaat,
00:18Undang-Undang itu ditandatangani beliau pada 29 Oktober 2025 di Jakarta.
00:23Peraturan tersebut menjadi dasar perundangan domestik bagi perjanjian dua hala berkenaan.
00:33Ia bertujuan memperkukuh kerjasama penguatkuasaan Undang-Undang antara kedua-dua negara, khususnya dalam memerangi jenayah rentas negara.
00:42Perjanjian ekstradisi itu antara lain dijangka mengukuhkan kerjasama dua hala dalam penguatkuasaan Undang-Undang berdasarkan prinsip saling menguntungkan.
00:53Ia juga melengkapkan kerjasama terdahulu di bawah perjanjian bantuan perundangan bersama dalam pekerja naya disahkan melalui Undang-Undang No. 5 tahun 2021.
01:05Undang-Undang itu menggariskan aspek utama ekstradisi.
01:08Ini termasuk kewajipan mengastradisi pesalah, kesalahan boleh diekstradisi, alasan penolakan, permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan serta prosedur penyerahan individu.
Be the first to comment