Sekatan media sosial dapat melindungi golongan kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi atau didedahkan dengan perkara yang tidak patut dalam talian.
00:00Pelaksanaan had umur 16 tahun untuk penggunaan mida sosial akan tetap diteruskan bagi melindungi golongan kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi serta kandungan jelit.
00:13Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil menegaskan beberapa insiden buruk sebelum ini harus dijadikan pengajaran supaya tidak berulang.
00:20Memberi contoh, Fahmi berkata baru-baru ini seorang murid berusia 10 tahun meminta gambar tidak senonoh daripada gurunya menerusi WhatsApp.
00:32Jadi ada seorang cikgu, saya tak pasti bagaimana dia dapat nombor telefon saya tapi dia berhubung dengan saya dan dia mengadu anak murid dia telah menghantar mesej kepada dia meminta gambar yang tidak sesuai daripada cikgu itu.
00:50Dan pelajar itu adalah pelajar tahun 4. Jadi definitely bawah usia 16 tahun, WhatsApp sendiri menggunakan sekatan.
01:01Dia tidak membenarkan kanak-kanak bawah usia 16 tahun daripada menggunakan WhatsApp. Jadi persoalannya kenapa WhatsApp, perkara itu boleh berlaku dalam WhatsApp.
01:12Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi sedang meneliti mekanisme sesuai dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan sekatan umur media sosial.
01:21Kita akan dalam masa yang tidak terlalu lama mengadakan perbincangan dengan platform-platform untuk menyesuaikan kerangka ataupun mekanisme yang mereka laksana di contoh di Australia tapi disesuaikan dengan Malaysia.
01:40Maksudnya sebagai contoh dokumen-dokumen. Itu menggunakan dokumen yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sekiranya mereka adalah warga negara.
01:52Bagi bukan warga negara, mereka boleh gunakan nanti insyaAllah pasport ataupun MyPR. Jadi kita akan teliti seluruh mekanisme itu.
02:01Saya telah minta Kementerian Komunikasi berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat terkini pelaksanaan. Kita tahu di Australia akan mula dilaksanakan pada 10 Disember.
02:15Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan karnival mega kempen internet selamat 2025 di Serdang pada Sabtu.
Be the first to comment