Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dua individu termasuk seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional akan dituduh di mahkamah Isnin ini berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.
Transcript
00:00Dua individu termasuk seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional akan dituduh di Mahkamah Isnin ini berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.
00:12Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azambaki berkata, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen dan seorang Ahli Perniagaan itu akan dibuat di Mahkamah Sya'alam di Selangor.
00:23Katanya Ahli Parlimen Berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 28-1-C Akta SPRM 2009 dengan satu pertuduhan iaitu bersubahat menerima rasuah.
00:37Beliau berkata Ahli Perniagaan yang ditangkap pada Mac lepas tetapi dilepaskan dengan jaminan akan didakwa mengikut Seksyen 16-E-A Akta SPRM 2009 dengan dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah.
00:51Siasatan yang dicalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek Fitlot.
01:02Susulan itu, kertas siasatan telah dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari lepas dan 15 saksi telah dirakam percakapan.
01:10Sebelum ini, Sina Harian melaporkan Ahli Parlimen Padang Serai, Dato' Azman Nasruddin, mengesahkan beliau ditahan SPRM bagi tujuan pertuduhan berhubung projek usaha sama ternakan lembu Kerajaan Negeri Kedah.
01:25Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan pertukaran statusnya daripada saksi kepada tertuduh dalam kes berkenaan.
01:32Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:35Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended