Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sebelum ini, kerajaan Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar di negeri itu.
Transcript
00:00Kerajaan Persekutuan akan meneruskan perbincangan bersama Wakil Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Felda.
00:07Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadil berkata, penyelesaian segera akan dicari bagi menamatkan isu pertikaian 10 ladang antara Felda dan FGV Holdings Berhad.
00:19Katanya satu perbincangan telah diadakan antara Ketua Setiusaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmud Merikan, dan Setiusaha Kerajaan Terengganu, Datuk Zulkifi Ali pada Jumaat.
00:30Jadi kita turuti proses itu sebelum kita buat apa-apa keputusan dan mungkin di mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang ada beberapa perkara yang akan dibangkitkan oleh yang amat-amat Perdana Menteri.
00:45Tapi setakat semalam, petang semalam, pertemuan tersebut telah berlangsung dan perbincangan akan diteruskan.
00:52Tambahnya pada masa ini, tiada perbincangan melibatkan Kerajaan Negeri dan Jemaah Menteri berhubung perkara berkenaan.
01:00Pada 30 November lalu, Kerajaan Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan Felda di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektare di tegri itu.
01:11Ia selepas dawaan lebih 40 tahun tanah berkenaan diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan.
01:18Penyerahan notis dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungon dan Hulu Terengganu.
01:27Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended