Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seramai 303 murid sekolah dan 12 guru diculik kumpulan bersenjata dalam serangan ke atas sekolah St. Mary’s, sebuah institusi katolik di negeri Niger, utara-tengah Nigeria.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kembali, seramai 303 murid sekolah dan 12 guru diculik kumpulan bersenjata dalam serangan ke atas sekolah St. Mary's, sebuah institusi katolik di negeri Niger, utara tengah Nigeria.
00:12Perkara itu disahkan Persatuan Kristian Nigeria yang mengemaskini angka tersebut berbanding laporan awal 215 murid.
00:20Angka baru itu dimaklumkan selepas proses pengesahan dan bancian akhir dijalankan di sekolah berkenaan.
00:26Beliau turut memaklumkan 88 pelajar lain turut diculik selepas mereka cuba melarikan diri dengan mangsa berusia antara 10 hingga 18 tahun iaitu terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
00:39Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab manakala pihak berkuasa telah menggerakkan pasukan taktikal bersama pemburu tempatan bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa.
00:49UNICEF sebelum ini melaporkan hanya 37% sekolah di 10 negeri yang terjejas konflik mempunyai sistem amaran awal bagi mengesan ancaman.
00:59Kejadian terbaru ini juga berlaku ketika Presiden AS Donald Trump mendakwa wujud pembunuhan bersasar terhadap pengandut Kristian di Nigeria.
01:07Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended