00:00Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN catat pencapaian yang memerangsangkan apabila program bulanan tabung simpan BMS 2025 merekodkan kutipan deposit berjumlah RM251.44 juta.
00:18Perusi PTPTN, Datuk Seri Noliza Abdul Rahim berkata pencapaian itu melepasi sasaran awal RM220 juta untuk tahun 2025.
00:27Menurut Noliza, kejayaan ini mencerminkan komitmen masyarakat terhadap masa harapan pendidikan anak-anak sekaligus membuktikan keberkesanan strategi penabungan jangka panjang yang digerakkan PTPTN secara tahunan sejak 2018.
00:40Penganjuran BMS 2025 merupakan manifestasi iltizam PTPTN dalam memperkukuh usaha perancangan kewangan jangka panjang demi kelangsungan pendidikan tinggi negara.
00:49Tegasnya pencapaian terimaan deposit simpan SSPN yang melebihi sasaran membuktikan strategi tepat serta sokongan padu rakyat selain menunjukkan kesedaran ibu bapa terhadap keperluan perancangan kewangan awal.
01:01Beliau turut menyeru kerajaan negeri, agensi kerajaan serta badan swasta untuk mempertimbangkan pembukaan akaun simpan SSPN sebagai saluran utama menyalurkan bantuan pendidikan kepada masyarakat.
01:12Menurutnya langkah ini mampu mempeluas akses dan meringankan beban pembiayaan pendidikan tinggi tanpa perlu bergantung kepada pinjaman.
01:19Simpanan SSPN menawarkan pelbagai manfaat termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun dan perlindungan takaful percuma untuk simpanan RM1,000 ke atas.
Be the first to comment