00:00Lebih seribu penduduk termasuk lebih 170 pendaki dipindahkan selepas Gunung Semeru di Jawa Timur meletus pada Khamis.
00:09Tahap amaran gunung berapi itu kekal pada paras tertinggi selepas ia meletus sebanyak 10 kali,
00:15muntahkan abu tebal serta mengalirkan lava dan batu sejauh kira-kira 13km dari leringnya.
00:22Menurut pegawai Taman Nasional Semeru, Septi Wardani, kumpulan pendaki yang terkandas semalaman di kawasan Perkemahan berhampiran tasik pada jarak 6.4km dari kawah,
00:37kini sedang dibantu keluar dengan selamat. Dalam kemas kini di Instagram lewat Khamis, pihak pengurusan taman mengesahkan semua pendaki telah berjaya dipindahkan.
00:46Rakaman daripada Agensi Vulkanologi Indonesia menunjukkan kepulan abu panas yang besar membumbung dari kawah sekaligus menyerebungi lering gunung tersebut.
00:56Letusan besar terakhir Semeru berlaku pada Desember 2021, meragut sekurang-kurangnya 51 nyawa dan menenggelamkan beberapa kampung dengan abu.
01:05Gunung Semeru yang berketinggian 3,676 meter merupakan salah satu daripada kira-kira 130 gunung berapi aktif di Indonesia.
01:15Menurut Pegawai Penyelamat Jawa Timur, Prahista Dian, agensi itu telah mengerahkan puluhan anggota untuk membantu proses pemindahan.
01:23Seramai 956 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi telah dipindahkan ke sekolah, masjid dan bangunan kerajaan.
01:31Tiga penduduk dilaporkan mengalami melucur akibat letusan menurut agensi mencari yang menyelamat negara itu.
Be the first to comment