Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Pengusiran puluhan ribu penduduk Palestin dari tiga kem pelarian di Tebing Barat pada awal 2025 merupakan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, menurut Human Rights Watch (HRW) dalam laporan terbaharunya yang mendesak tindakan segera masyarakat antarabangsa bagi menghentikan penindasan Israel.
Transcript
00:00Pengusiran puluhan ribu penduduk Palestine dari tiga kamp pelarian di Tebing Barat pada awal 2025 merupakan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan menurut Human Rights Watch HRW dalam laporan terbarunya.
00:16HRW mendesak tindakan segera masyarakat antarabangsa bagi menghentikan pendindasan Israel.
00:22Kumpulan hak asasi itu berkata kira-kira 32,000 penduduk di kamp Janin, Tulkam dan juga Nur Syams telah dipaksa keluar oleh tentera Israel menurut si operasi Iron Wall yang dilancarkan sepanjang Januari dan Februari lalu.
00:39Menurut laporan setebal 105 halaman bertajuk All My Dreams Have Been Erased, kesemua mereka dilarang pulang sehingga kini manakala ratusan rumah dimusnahkan.
00:47Konvensyen Geneva dengan jelas menarang pemindahan penduduk awam dari wilayah diduduki kecuali untuk tujuan keselamatan, mendesak atau ketenteraan.
00:57HRW menegaskan pegawai kanan Israel harus didakwa kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
01:03Laporan itu turut menggambarkan kekejaman operasi Israel termasuk askar memecah masuk rumah, menggedah harta benda serta mengarahkan keluarga keluar menggunakan pembesar suara dipasang pada drone.
01:14Penduduk melaporkan jentolak memusnahkan bangunan ketika mereka melarikan diri tanpa sebarang pelindungan atau bantuan daripada ternyata Israel.
01:22HRW berkata mereka menemu bual 31 penduduk yang dipindahkan, meneliti imej satelit, ratusan video yang disahkan.
01:29Sekurang-kurangnya 850 struktur rumah musnah atau rosak teruk, manakala penilaian PBB meletakkan angka lebih tinggi iaitu 1,460 bangunan.
01:40Kem-kem itu dibina sejak 1950-an untuk pelarian plastin yang dihalau ketika penubuhan Israel pada 1948.
01:47HRW menambah bahawa Israel menyasarkan elemen pengganas tetapi gagal memberikan justifikasi terhadap pengusiran besar-besaran atau larangan kembali ke rumah
01:56dan menyifatkannya sebahagian daripada jenayah apetite dan penganiayaan terhadap rakyat Palestine.
02:02Terima kasih telah menonton
Be the first to comment
Add your comment

Recommended