Seramai 84 warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain, dengan sebahagian mereka dikenakan denda dan selebihnya penjara tujuh bulan.
00:00Seramai 84 pekerja warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Magistrate atas tuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain dalam satu serbuan di Senai, Johor, Isnin lalu.
00:12Magistrate R. Salini menjatuhkan hukuman denda RM4,000 setiap seorang terhadap 83 tertuduh manakala seorang lagi dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan.
00:22Kes kesemua tertuduh terdiri 18 lelaki dan 66 wanita berusia antara 18 hingga 53 tahun itu didengar secara berasingan selepas mereka mengaku bersalah mengikut Peraturan 25-1-I Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
00:43Mereka didakwa menggunakan kad pengenalan palsu atau milik individu lain sebagai dokumen pengenalan diri di sebuah kilang di Taman Teknologi Senai kira-kira jam 5 petang Isnin lalu.
00:56Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
01:03Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara JPN, Zulkarnain Ahmad menegaskan penyalahgunaan kad pengenalan merupakan ancaman serius kepada keselamatan negara dan memohon hukuman yang lebih berat sebagai pengajaran.
01:17Mengikut fakta kes, semasa pemeriksaan dokumen oleh JPN Putrajaya, kesemua tertuduh mengemukakan kad pengenalan milik individu lain.
01:27Semakan rekod JPN kemudian mendapati sebahagian kad itu tidak sah, tidak wujud atau tidak pernah dikeluarkan.
Be the first to comment