Sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Khan Younis, selatan Gaza, pada Khamis, menurut pihak kesihatan tempatan, sekali gus mencerminkan rapuhnya gencatan senjata hampir enam minggu yang semakin berisiko runtuh.
00:00Bertemu kembali. Sekurang-kurangnya 5 penduduk Palestine terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Khan Yunis, selatan Gaza pada Khamis.
00:11Serangan terbaru itu sekaligus menyaksikan rejim Zionis Israel bekali-kali mencabuli gencata senjata yang telah dipersetujui sebelum ini dengan pejuang Hamas.
00:21Dalam serangan di sebuah rumah di bandar Bani Suhaila, tiga mangsa termasuk seorang bayi perempuan terkorban menekali 15 lagi cedera.
00:31Serangan kedua di bandar Abbasan pula meragut nyawa seorang lelaki dan cederakan tiga yang lain.
00:35Tentera Israel mengesahkan serangan itu namun mendakwa tidak mengetahui mengenai jumlah korban.
00:41Kemudian pada Khamis, Hospital Nasir melaporkan seorang lagi penduduk Palestine ditembak mati oleh tentera Israel di Abbasan.
00:47Pada Rabu, Israel melancarkan serangan di seluruh Gaza dengan alasan pejuang Palestine melepaskan tembakan ke arah tenteranya.
00:55Menurut petugas perubatan, sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestine terbunuh angka tertinggi sejak 29 Oktober lalu.
01:01Hamas dalam reaksinya menyifatkan tindakan Israel sebagai peningkatan ketara yang berbahaya sambil menggesa pengantara Arab, Turki serta Amerika Syarikat yang menjadi broker gencatan senjata supaya segera campur tangan.
01:14Jurucakap Hamas, Hazim Qasim menuduh Israel menukar penandaan sempadan kawasannya secara haram, sekaligus mengekalkan kawalan ke atas lebih 50% wilayah Gaza bertentangan dengan peta yang telah dipersetujui.
01:28Penduduk Syijaya turut mendakwa halangan kuning yang menandakan kawasan masih duduki Israel digerakkan 100 meter ke arah barat.
01:34Genjatan senjata 10 Oktober dalam Perang 2 Tahun Gaza membolehkan ratusan ribu rakyat Palestine kembali ke diamant yang musnah dengan tentu Israel berundur dari kedudukan di bandar dan bantuan kemanusiaan meningkat.
01:47Namun keganasan tidak terhenti sepenuhnya. Pihak Kesihatan Gaza melaporkan 312 rakyat Palestine telah terbunuh akibat serangan Israel sejak genjatan senjata bermula.
Be the first to comment