Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mengesahkan perbincangan dengan Setiausaha Tentera Amerika Syarikat di Kyiv bagi merangka pelan menamatkan perang dengan Rusia. Beliau telah menerima draf pelan yang disokong AS dan dijangka membincangkannya dengan Presiden Donald Trump dalam masa terdekat.
00:00Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky akui sudah mengadakan perbincangan dengan Washington bagi merangka plan menamatkan perang dengan Rusia.
00:09Menurut Zelensky, perincian mengenai plan tersebut akan dihasilkan secara kerjasama antara pasukan Ukraine serta Amerika Syarikat.
00:18Menerusi kenyataan di Telegram, Zelensky menegaskan kesediaan untuk menjalankan rundingan secara konstruktif, jujur dan segera.
00:25Selain itu, Pejabat Zelensky turut memaklumkan beliau telah menerima draft plan yang disokong Amerika Syarikat dan dijangka membincangkannya dengan Presiden Donald Trump dalam masa terdekat.
00:36Untuk rekod, sejak Rusia melancarkan serangan ke atas Ukraine pada Februari 2022, ribuan orang awam terbunuh majoritinya rakyat Ukraine.
00:46Anggaran konservatif pada Mei lalu menunjukkan jumlah korban dan cedera di kedua-dua pihak mencecah 1.2 juta orang.
Be the first to comment