Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dari Menara Merdeka 118 hingga ke Taman Jaya Park, pencahayaan biru ini menjadi simbol komitmen seluruh masyarakat Malaysia – kerajaan, komuniti dan keluarga – untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat berkembang, belajar, bermain dan hidup dengan selamat serta dihargai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menara Merdeka 118 disinari dengan warna biru bermula Kamis malam sehingga Isnin depan, 24 November bagi menandakan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025.
00:11PNB Merdeka Ventures sendirian berhad dalam kenyataan berkata, pencahayaan warna biru itu juga simbolik kepada janji Malaysia untuk melindungi hak setiap kanak-kanak.
00:21Malah Taman Jaya Park di Petaling Jaya yang dikenali sebagai Bandar Mesri Kanak-Kanak Pertama Malaysia turut akan disinari warna biru sempena program komuniti Go Blue menunjulkan suara dan hak kanak-kanak melalui aktiviti interaktif pada 22 November.
00:38Acara itu nanti akan menampilkan pelbagai aktiviti keluarga termasuk seni secara langsung, bercerita, bulatan gendang, larian santai dan booth My Day My Rides.
00:49Aktiviti-aktiviti ini membolehkan kanak-kanak merakam mesej video tentang harapan dan cadangan mereka.
00:55Tambah kenyataan itu, dari Menara Merdeka 118 hingga ke Taman Jaya Park, pencahayaan biru ini menjadi simbol komitmen seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat berkembang, belajar, bermain dan hidup dengan selamat serta dihargai.
01:10Program ini juga bertujuan memastikan suara kanak-kanak didengar dalam setiap keputusan sejajar tema Hari Kanak-Kanak Sedunia Tahun ini, My Day My Rides.
01:19Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended