Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Jabatan Imigresen Malaysia menahan 468 orang warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen, dalam OPS Gempur melibatkan beberapa serbuan di Cameron Highlands.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia menahan 468 orang warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Gempur melibatkan beberapa serbuan di Cameron Highland.
00:12Serbuan melibatkan 547 anggota dan pegawai imigresen itu dijalankan 11 pagi sehingga 2 petang di 4 zon di sekitar tanah tinggi berkenaan melibatkan kawasan perniagaan, kawasan pembinaan dan ladang sayur.
00:26Kebanyakan warga asing tersebut sedang tekun bekerja termasuk membungkus sayuran sehingga tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri.
00:38Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Syakban berkata serbuan itu dirancang sejak sebulan lepas susulan aduan daripada masyarakat.
00:47Katanya melalui risikan yang dijalankan, imigresen dapati daerah ini telah menjadi tumpuan warga asing untuk bekerja selain terlibat dalam aktiviti pertanian di kawasan sekitar.
00:58Zakaria berkata kebanjiran warga asing di tanah tinggi itu mula dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat setempat.
01:07Beliau berkata bentuk muka bumi kawasan itu yang berbukit dan jauh dari bandar menyebabkan warga asing memilih untuk datang ke kawasan peranginan itu diburukkan lagi dengan sikap pemilik perniagaan warga yang gemar untuk menggajikan mereka.
01:20Zakaria berkata sebanyak 1,886 warga asing diperiksa dengan 468 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen antaranya pas tamat tempoh dan tiada dokumen perjalanan malah ada juga yang mengemukakan pas lawatan kerja sementara yang disyaki palsu.
01:39Warga asing yang ditahan melibatkan 175 warga Myanmar, Bangladesh 174, Indonesia 67, Nepal 20, Pakistan 16, India 11 dan masing-masing seorang daripada Filipina, Thailand, Sri Lanka, China dan Kemboja dengan 388 lelaki, 76 wanita serta 4 kanak-kanak.
02:02Zakaria berkata semua ditahan berusia antara 20 hingga 54 tahun dan akan dihantar ke depo tahanan imigresen di Kelantan, Perak dan Selangor.
02:12Beliau berkata statistik tangkapan sejak awal tahun ini sehingga 18 November lepas, seramai 83,994 warga asing ditahan di seluruh negara dalam usaha Jabatan Perkenaan memerangi isu pendatang tanpa izin.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended